Sejarah pembentukan Bandar Jengka Bandar_Tun_Razak,_Jengka

Sejarah Jengka

Jengka dibuka secara rasmi pada 1967.

Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.

Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.

Asal Nama Jengka

Secara umumnya nama Jengka diambil daripada sebatang sungai yang mengalir di dalam kawasan Jengka iaitu Sungai Jengka. Terdapat dua pendapat yang menceritakan asal usul nama 'Jengka' iaitu:

Mitos 1 Diceritakan tinggal sepasang suami isteri Orang Asli yang tinggal di sebuah teratak behampiran dengan sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, lantaran seharian beliau keluar mencari rezeki. Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka . Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini.

Mitos 2 Adapun pada suatu hari, seorang perempuan asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran Tok Batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu di bawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantaran sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin ke tu?”. Dari sinilah Jengka mendapat nama.

Senarai Perkampungan FELDA di Bandar Jengka

  1. FELDA Anggerik Jengka 1
  2. FELDA Cempaka Jengka 2
  3. FELDA Dahlia Jengka 3
  4. FELDA Kemboja Jengka 4
  5. FELDA Kekwa Jengka 5
  6. FELDA Keembong Jengka 6
  7. FELDA Kenanga Jengka 7
  8. FELDA Kesidang Jengka 8
  9. FELDA Kesumba Jengka 9
  10. FELDA Mawar Jengka 10
  11. FELDA Melati Jengka 11
  12. FELDA Melor Jengka 12
  13. FELDA Puteri Malu Jengka 13
  14. FELDA Raya Jengka 14
  15. FELDA Semarak Jengka 15
  16. FELDA Sena Jengka 16
  17. FELDA Seri Pagi Jengka 17
  18. FELDA Seroja Jengka 18
  19. FELDA Siantan Jengka 19
  20. FELDA Tanjung Jengka 20
  21. FELDA Teratai Jengka 21
  22. FELDA Terkis Jengka 22
  23. FELDA Tonkin Jengka 23
  24. FELDA Jengka 24
  25. FELDA Jengka 25

FELDA di Jengka Yang Tidak Menggunakan Nama Jengka

  1. FELDA Ulu Jempol
  2. FELDA Kampung Awah
  3. FELDA Sungai Tekam
  4. FELDA Sungai Nerek